YURAN PENDAFTARAN PELAJAR KAFA AL-MUTAADIBIN 2024
LAHIRKAN GENERASI BERADAB & BERILMU BERSAMA KAFA AL-MUTAADIBIN
Kafa al-Mutaadibin yang dahulunya dikenali sebagai Kafa al-Fikriyyah Jalan Kebun telah ditubuhkan pada tahun 2021. Penjenamaan semula dan pemerkasaan pengurusan Kafa merupkan tanda komitmen kami untuk melahirkan generasi muda yang beradab dan memahami Islam secara syumul. Pembelajaran melalui gabungan aktiviti dan kelas merupakan keistimewaan Kafa al-Mutaadibin bagi meningkatkan minat dan penguasaan pelajar terhadap subjek yang diajar.
Kami juga menyediakan fasiliti dan susasana terbaik untuk para pelajar supaya mampu menuntut ilmu dalam keadaan yang selesa dan seronok. Insyaallah kami di Kafa Mutaadibin akan sedaya upaya mendidik anak-anak anda agar menjadi generasi beradab dan berilmu yang bakal membangunkan peradaban Islam.
PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1-5 KAFA SRIDM
Untuk pendaftaran, penjaga hendaklah mengisi borang yang telah disediakan di bawah.
Pastikan maklumat yang diisi lengkap dan betul.